Friday, February 25, 2011

Fenomena "May I"

~Tahun 2: my class yang ada 23 orang anak2 yang cute2.... macam uminya jugak (wahh perasan tak hengat)


~Bila kelas saya ja fenomena "may I" pun bermula.... tak sempat nak start ngajar or menulis apa2 kat papan hitam lagi terus dah berpusu2 anak2 menyerang saya.. dorang macam teruja sangat bila dapat guna perkataan ni.. sebelum ni dorang memang tak tahu macammana nak mintak izin untuk keluar tandas and minum... semuanya dorang mintak dalam loghat kedayan... sampailah saya ajar dorang untuk menggunakan bahasa yang sesuai dalam kelas saya...


~Bila dah tahu cara nak mintak izin ahhh sudah satu kelas la pulak dok apply apa yang diajar...bagus memang bagus tapi kalau dah setiap masa dok mintak minum and keluar ke tandas tak achieve la objective pengajaran... kadang2 saya ni pulun la bersemangat waja memberi penerangan, tunjukkan contoh macammana nak selesaikan latihan boleh pulak datang hanya nak mintak izin nak minum... bila dah sorang nak minum hah hamik ko satu kelas mintak izin nak minum... hohoho tergelak jugak tengok perangai masing-masing... :) 


~Macam tu jugakla bila nak ke tandas... setiap minit ada ja yang mintak keluar... :D


~Ni antara ayat2 yang dorang guna:
1- Excuse me teacher..may I got out?.. (saya betulkan jd go out)
2. Teacher, may I gring? (should b drink la my dear...senyum2 ja dorang pas saya betulkan.. keesokannya lupa lagi..masih menggunakan perkataan yang sama... hai la anak... hik3)


~Apepun saya bangga dengan dorang sebab semua nak mencuba sesuatu yang baru and tak berasa malu bila dibetulkan... 


~Luv them so much.. :)


~Credit 2 incik Google



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

0 geng suka bebel:

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan