Tuesday, February 22, 2011

Menganyam ketupat di blog




"Aku sangat bengang hari ni...ada pulak si polan 2 kata aku ni bla....bla...sangat sakit hati ok? dia ingat dia baik sangat ke? perangai macam tuuuut...blablabla"


"Perasan sangat la dia tu...haishh meluat aku"


"Apa uols rasa bila bla bla bla......" (selalunya bila berunsurkan soklan ni cepat je dpt jwpn..ye dak?)


~rileks la....bukan saya nak ngata sesiapa pun..cuma ni ayat2 contoh yang boleh n biasa kita baca kat medan elektronik ni.... kat FB la... kt Twitter la n kt BLOG jugak...(aishh mcm terkena kat diri sendirik lagi)


~N kita jugak penah melakukan benda macam ni ye tak? mungkin kita xsedar sebenarnya kita sendiri mengumpat/termengumpat apabila kita tak berpuas hati tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang....


~BLOG- 1 tempat yang boleh menjadi sesuatu yang baik dan juga boleh menjadi sesuatu yang buruk... semua 2 kita boleh pilih.... kalau baik maka baiklah kalau buruk maka buruklah....


~Blog-dijadikan medan untuk mendapat ilmu...sebab tu kita akan dapati ada blog2 yang memuatkan isi2 tazkirah, kuliah2/ ceramah2 xkurang juga isi khutbah jumaat... kemusykilan agama jugak terjawab dengan pembacaan melalui blog...


~Tetapi ada jugak blog yang memuatkan isi umpat keji, fitnah, gosip yang entah apa2... astaghfirullah... mengumpat dalam blog pun sama jugak dosanya dengan mengumpat kat kedai kopi/ kat ofis/ kat mana2 tempat sekalipun... xda yang kurang dosa 2... dosa tetap sama....






~Katakan kita sakit hati dengan seseorang kenapa tak berjumpa ja dengan orang yang menyebabkan kita sakit hati 2? kenapa perlu kita isi kata2 ketidakpuasan hati kita kt dalam blog, fb, twitter, Myspace n what soever.... lepastu mengundang kutukan demi kutukan dari teman2 kita yang laen.... dosa berganda2 dah tu.... bukan lah saya nak kata saya ni baik sangat....n xbuat benda2 mcm ni...ini sebagai 1 peringatan... cuba fikir balik banyak mana dosa yang terpaksa kita tanggung hanya kerana umpat keji ni? sia-sia ja amalan2 yang kita buat kalau akhirnya tiada apa satu pun yang kita boleh jadikan bekal ke akhirat sana.. (aduhaiii sedihnya rasa.....)

~"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)


~Mengumpat umpama memakan daging saudara kita sendiri.... manusia yang waras tidak akan sanggup memakan daging manusia yang lain apatah lagi daging saudaranya sendiri... 


~ Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


~Orang yang mengumpat merupakan orang yang rugi.... Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". 
Maka Allah menjawab:
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".



~Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.
(Utusan Malaysia-19 Januari 2011)


~Bagaimana nak mengelakkan sifat ini?
 Imam Al-Ghazali menyarankan 5 cara untuk mengelakkan diri dari gejala mengumpat ini.  


  • harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar
  • insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
  • hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain
  • Hendaklah insaf dan sedar sebagaimana dia berasa tersinggung dan sakit hati apabila perlakuannya dan peribadinya dijadikan bahan umpatan 
  • Menguatkan iman kerana secara tidak langsung akan mengelakkan lidah daripada suka mengumpat.


~saya pernah letakkan artikel pasal ni kat dalam entri yang lepas... rujuk sini dosa mengumpat hanya diampunkan oleh mangsa

~Biarlah macammana cara sekalipun jauhilah mengumpat... tak kisah la kat mana2 pun dosa tetap sama... sama2lah kita elakkan dari menjadi MUFLIS di akhirat sana....

~Wallahua'lam....



~credit 2 Google

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

mubarag said...

ini kah rupanya menganyam ketupat... hahaha..
btw gud info

~~Ticer Wann~~ said...

mubarag: hoho inilah menganyam ketupat.... ye sesama.... sdkt peringatan dr insan yg lemah cm sy ni.. :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan