Monday, February 28, 2011

Kisah Cinta Terindah



KISAH CINTA TERINDAH

Kisah cinta saya bermula apabila saya terpaksa terbang merentasi Laut China Selatan ke satu daerah asing bagi memenuhi tuntutan dan hasrat Kerajaan mendidik anak bangsa di satu daerah terpencil di Sarawak.... saya tinggalkan cinta saya pada keluarga demi cinta saya pada nusa bangsa...  Alhamdulillah sehingga ke hari ini (Januari 2009- sekarang) saya masih setia menaburkan cinta terhadap mereka yang memerlukan ilmu... cinta ini sentiasa disemai agar subur mekar dihati walaupun dimamah waktu. Biarpun orang lain melihat profesion ini sebagai 1 kerja yang mudah namun hanya orang yang terjun dalam bidang ini yang tahu betapa susahnya hendak menyulam cinta dalam diri pelajar. Cinta apa yang perlu disulam? Cintakan ilmu, cintakan diri sendiri, cintakan alam sekitar, cintakan guru dan cintakan kejayaan Betapa bangganya seorang guru seperti saya apabila pelajar mampu mencintai kesemua itu walaupun tak sepenuhnya. Apabila pelajar mampu mencintai diri sendiri insyaAllah dia mampu mencintai ilmu dan yang selebihnya. Dan sebagai seorang pendidik saya juga sentiasa belajar menguatkan lagi cinta saya pada profesion saya ini. Alhamdulillah setelah 3 tahun menjadi seorang guru saya dapati saya semakin serasi dengan kerjaya saya ini. Perubahan sikap saya yang menjadi semakin penyabar dalam melayani kerenah anak-anak didik menunjukkan saya semakin mencintai profesion saya ini. Semoga CINTA saya terhadap kerjaya mendidik anak bangsa ini sentiasa mekar dalam sanubari hingga ke hujung nyawa saya, insyaAllah.


Bagi saya inilah KISAH CINTA TERINDAH saya. Mungkin tak menepati apa yang dikehendaki oleh penganjur contest tersebut namun saya tetap mengatakan inilah antara kisah cinta saya yang terindah. Bukan semua orang boleh melaluinya. Hanya orang yang benar-benar mampu menangani cabaran demi cabaran yang ada sahaja yang mampu menanganinya. 


~Saya sukakan hadiah misteri kerana: "ia membuatkan saya berdebar menunggu apakah hadiah tersebut"

Emm.... saya nak tag kawan-kawan yang lain la...jom join contest ni..closing date 1st May 2011


kak zanna
kak epi
cik najmi
nuha


~Utk kawan-kawan lain kalau nak join contest leh la ke sini yer... Kisah Cinta Terindah


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan