Tuesday, September 20, 2011

Ada apa dengan Hantu Bonceng?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru lepas meeting... kena sediakan borang pendaftaran dan sistem permainan untuk sukan hujung tahun... Ticer kena handle bahagian Bola Baling.. well biasalah tetap dan berpencen... kuikuikui... perasan ya amat la dia ni...

Korang dan tengok ke cerita Hantu Bonceng? Masa tengok iklan tu Ticer sebenarnya teringin nak tengok... ye lah dah nama pun cerita kelakar kan... tapi selepas baca pasal benda yang dipermainkan sewenang-wenangnya Ticer rasa hilang sudah mood nak nengok cerita tu.. Ada jugak Tanya kawan Ticer yang nengok cerita ni tapi dia kata tak de pun apa yang disebutkan tu.. hmmm ye ke tak de? Or mungkin tak perasan...



Kenapa dipermainkan kalimah syahadah itu? Kesan dari tindakan itu? Boleh gugur syahadah biarpun ia sekadar lakonan...

Apa perkataan yang dia gunakan?  Rasanya korang mesti dah tau kan perkataan apa yang digunakan dalam filem tu... sedih kot Muslim sendiri mempermainkan Islam... kalau dah orang Islam sendiri pun tak sensitif isu ni apa lagi orang yang bukan Islam yang menunggu masa untuk menjatuhkan Islam...

Apapun korang boleh tengok kat SINI dan SINI. Isu ni mungkin akan dilupakan setelah selesai tayangan filem ini... namun benda serupa akan berulang sebab tiada tindakan yang diambil biarpun dah banyak yang bersuara pasal benda ni... Islam agama suci kenapa dikotorkan dengan penghinaan sebegitu?

:.. Banyak lagi benda lain untuk gurauan kenapa isu agama jugak yang dipermainkan? Sangat tak sensitif... tak takut ke bila berdepan dengan Dia nanti? Lagi satu, bergurau pun ada caranya bukan ikut sesedap rasa saja...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

17 geng suka bebel:

mykhalis said...

sebab manusia sekarang menganggap hiburan semata mata.. nak bagi pengajaran tanpa sedar dah mempermainkan..

qasehraihan said...

uii..ramai gak buat entry ni ticer..
mungkin lepas ni zizan perlu bertaubat dan memohon maaf kpd seluruh umat islam..

penerbit filem tu david ke??patut arr..hehe

ZWAN SABRI said...

Hantu Bonceng mmg klakat.. tp bila isu ni timbul, semua pihak kena lebih peka n sensitif lepas nii.. kena check drpd pelbagai sudut.. btw, zwan pecaya yg produksi hantu bonceng xde niat nk persendakan islam.. huhu


MySuaraBlog: Open Mindedla Sikit Derr!

Zaujah Encik Mamat said...

hehe ... :) syikin tak tengok... nak tengok pun tak kot... bila hiburan bnyk sgt... lagho lagho :)

syikin quote apa ustaz zaharuddin cakap pasal ni

"Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari). Justeru, perkataan yg diucapkan di dalam filem ini boleh termasuk dlm kategori hadis di atas walau ia dibuat tanpa maksud & kejahilan. Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!."

Ibnushukran said...

bnyak bnde yang sangat disenangi dlm filem ni.. p y paling besar isu syahdah, bahaya sangat..

nk tngok video hina Rasulullah dgn syahadah ,kt sini..

http://ibnushukran.blogspot.com/2011/09/filem-hantu-bonceng-persendakan-islam.html

shazmir said...

nie best nie..mesti tgk ie..

cun..!!
xyz4mir.blogspot.com

Anak Wak Mail said...

dah tengok dah cite ni..tapi tak perasan pulak part yang tu..

norinaomar said...

aku tak berpeluang tengok lagi part tu..hmm tak tau nak kata apa

~~Ticer Wann~~ said...

@mykhalis dorang gunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara kot...

~~Ticer Wann~~ said...

@qasehraihan penerbit david teoh.. tetapi pengarah? penulis skrip?

~~Ticer Wann~~ said...

@ZWAN SABRISeorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari

Meaning that perkataan yang diucapkan dalam filem tu boleh termasuk dalam apa yang digariskan oleh hadis tersebut biarpun alasan tiada niat/ jahil

~~Ticer Wann~~ said...

@Zaujah Encik Mamat yeap... dorang tak takut dosa...

~~Ticer Wann~~ said...

@Ibnushukran thanks.. da tengok :)

~~Ticer Wann~~ said...

@shazmir sila la tgk :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Anak Wak Mail ramai orang tak perasan

~~Ticer Wann~~ said...

@norinaomar ni la susah bila hilangnya sensitiviti masyarakat kita huhu

Anonymous said...

dialog dia camni:
"ashhaduallailaha illallah waashhaduannamuhammadarrrr.......syaitan!!syaitan!!"

astagfirullah...ampunkan hamba ya Allah...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan