Saturday, September 10, 2011

"I memang berdendam dengan u, tau tak?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Awal pagi lagi dah terpacak kat kelas.. memberi sentuhan kecundang terakhir buat anak-anak.. membuat sedikit ulangkaji ekspres bersama anak-anak yang bakal menduduki UPSR Selasa ini... Gabra dehhh...  Maaf entri kali ni terlalu panjang... kalau tak larat baca bleh skip yer.. J

Apa yang korang faham dengan perkataan DENDAM? Rindu dendam tak termasuk ye... hihihi... pernah tak korang terlibat dalam perasaan ni? Cewah soalan.. ye la kadang-kadang benda tu dah lama jadi tapi still tak leh lupa.... contoh la dalam pekerjaan, kita ni buat paperwork bagai nak rak bila submit je pihak atasan reject on the dot..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan... hohoho tapi bila sorang kawan kita ni submit paperwork  terus diterima tanpa bantahan...  Terus kita rasa marah meluap-luap hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Cewahh.. ehh ni bukan kisah Ticer la.. contoh je la.. haishhh korang ni mula la nak bergosip tu..


Dendam- suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, dipendam secara rahsia oleh seseorang. Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam bolehkah perasaan dendam ni? Jawapannya TIDAK.. Dendam itu berdosa...

Mengikut kajian, kita hanya marah untuk tempoh 4 ½ minit sahaja.. andai marah itu masih bersisa untuk berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan maka kita sudah terejerumus ke kancah dendam.. ini menurut kajian psikologi ye tuan-tuan puan puan sekalian.. bukan kajian Ticer sebab Ticer tak pandai nak mengkaji bahan-bahan cenggini

Punca-punca dendam:

  • Luka dalam hati yang mendalam
  • Rasa teraniaya
  • Enggan memaafkan
Ini dikatakan punca kenapa kita berdendam.. bila adanya perasaan ini bermaksud hati kita masih kotor dan jiwa masih gelap. Pastu segala kerja kita akan terbengkalai dek perasaan ni.. bila dah terpendam lama dalam hati dendam ni merebak dan terjadilah dendam kesumat.. disebabkan dendam ada yang sanggup berbunuhan tau... caya tak?

Cara elakkan dendam?
  • Sucikan jiwa dan hati nurani- banyakkan solat sunat taubat dan amalam-amalan yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.. Dengan mengingati Allah hati kita akan tenang...
  • Minta maaf dan memaafkan serta redha atas apa yang berlaku. Kita pun banyak buat silap kat orang..ye dak? So kena redhalah bila orang buat silap kat kita.. tapi tak tau la kalau ada orang yang rasa diri dia tak pernah langsung buat silap kat orang kan... tapi ada ke orang camtu?
  • Cari hikmah disebalik kejadian. Biasanya untuk mendapatkan sesuatu kebaikan Allah akan uji hamba-Nya dengan satu musibah...
  • Berjumpa dengan pakar : kaunselor, ustaz/ustazah apabila perasaan makin teruk.. sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jalan penyelesaian.
  • Berkawan dengan orang yang positif supaya kita menjadi positif. Elakkan berkawan dengan seseorang yang menjadi batu api. Macammana nak tau seseorang tu batu api/ tak? Apabila dia sentiasa mendorong kita melakukan sifat yang tak elok.. sebagai contoh meneruskan perasaan dendam kita terhadap seseorang.
  • Bersifat matang dalam pemikiran. Fikiran yang matang ialah fikiran yang rasional bukan yang dikuasai oleh emosi. Apabila kita dikuasai emosi mulalah kita rasa sukar untuk melupakan kesilapan seseorang itu walaupun ianya kesalahan yang damit (kecil).
  • Berbincang dari hati ke hati. Contohnya Ticer rasa sakit hati sangat dengan Fasha Sanda sampai dengar nama dia je Ticer bleh migrain. Untuk mengelakkan benda ni dari berterusan menguasai diri, Ticer boleh je jumpa dia dan berbincang dan cerahkan kembali apa yang suram.. mana la tau itu semua hanya salah faham je kan.. mungkin dengan ini perasaan dendam akan terhapus dengan sendirinya.. J
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita tetapi janganlah sampai mendendaminya. Jernihkan hati kita.. lemparkan senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu. Dan apa yang penting jangan putuskan tali silaturrahim antara kita dan dia. 

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”[Hadis Riwayat Muslim]

:.. Jom bersalam-salaman memohon ampun maaf... moga segala perasaan sakit hati dan dendam terhapus... jangan tunggu nak raya baru nak minta maaf dan memaafkan orang... okeh?


  

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

14 geng suka bebel:

Gelugoq said...

setuju! jgn berdendam kerana kelak kita yang akan merana

Ollen said...

itu lah dendam ni akhirnya akan binasa kan diri kita jugak, huhu

ArulchelseA said...

tak baik dendam2 ni.. kih kih kih

aimie amalina said...

jooommmmm!
huu
susah kan
tapi sebenanye kalo kerana Dia
sumenye indah kan...

LiFe KaMi said...

bukan senang kita sebagai manusia melupakan dendam lebih2 lg perkara yg amat menyakitkan hati..
tapi jikalau kita sentiasa berdendam hati kita juga akan menderita..
semoga sentiasa lahir sifat penyabar didalam diri..

Kak Yatie said...

cara elakkan dendam tu memang yg terbaik, thanks Ticer

dendam memang merosakkan hubungan terutama jiwa kita sendiri, hidup kita pun tak boleh tenang...sebab duk fikir yang bukan2

~~Ticer Wann~~ said...

@Gelugoq yeapp betul... idup pun tak tenang... :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Ollen betul.. memang bahaya... so elakkan dari berdendam

~~Ticer Wann~~ said...

@ArulchelseA ha'ah memang tak baik pong

~~Ticer Wann~~ said...

@aimie amalina yeah betul tu... untuk apa dendam mendendami..Islam tak anjurkan pun sifat tu... kan?

~~Ticer Wann~~ said...

@LiFe KaMi yap..moga menjadi orang macamtu la.. bersabar itu indah.. :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Kak Yatie ha'ah... memang bila berdendam kita selalu pk yang bukan2... huhu moga sama2 dapat elakkan benda2 camni

siti kektus said...

kite tak tau lah kite pendendam ke tak. tapi, selalunya kite mmg susah nak lupa apa orang dah buat kat kite. tp kite dah maapkan dah. cuma tak leh lupa. sobs.

~~Ticer Wann~~ said...

@siti kektus ermm... biasalah manusia ni susah nak lupa kesilapan orang lain... apepun bersihkan jiwa ya... :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan