Wednesday, June 15, 2011

Imam dan 20 sen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekadar berkongsi sedikit ilmu...moga mendapat manfaat darinya... 

*  *   *  *  *
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Ihsan Google
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Wallahua'lam.. 
dipetik dari SINI


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

13 geng suka bebel:

dzafira said...

Citer ni bestttt.. Pengajaran yg baik buat semua muslim yg baca..

tia @ Ini Kisah Tia said...

Tia suka ayat Ticer yang last . yee , kadang2 orang akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat dunia Islam ni ..

wan_worldofkaspersky said...

indahnya iman..

~~Ticer Wann~~ said...

dzafira: yeahh..pengajaran untuk semua tentang manisnya Iman

~~Ticer Wann~~ said...

Tia: erk bukan ayat Ticer pun yang tu... :) kenapa tingkap? sebab bila kita buka tingkap banyak benda yang kita dapat lihat diluar sana... so marilah kita menjadi tingkap untuk orang lain lebih memahami Islam.. :)

~~Ticer Wann~~ said...

wan_worldofkaspersky: memang indah... :)

z u L said...

nice...nak share gak =)

ArulchelseA said...

20sen yg terlalu berat ni... ujian Allah dgn 20sen je.. mcm mana 20juta?

ArulchelseA said...

TICER:dri tingkap org luar leh skodeng dlm umah..kih kih

Arpiiz said...

kadang2 kita memang tak sangka ada kesan yang sangat besar bila kita melakukan sedikit kejahatan..

~~Ticer Wann~~ said...

z u l: silakan.. :)

~~Ticer Wann~~ said...

Arul: Allah baru uji dengan 20 sen dah boleh gelap mata kan...? kalau yang juta-jutaan tak tau la...

Haha kita pakai cermin gelap so orang luar tak nampak.. :D

~~Ticer Wann~~ said...

Arpiiz: yeah...kita tak sedar pun tu semua hanya ujian dari-Nya... kalau imam tu pun hampir hanyut kerana 20 sen macammana dengan kita? huhu

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan