Friday, June 10, 2011

Dah mula nak sakit-sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengahari tadi meronggeng bersama bunda tercinta a.k.a. ustajah mama... heh birthday woman kan... mana nak pergi mesti dituruti...
Ticer buat-buat lupa.. haha dah merungut-rungut dan ustajah sebab anak pompuan nan  seorang ni macam lupa tarikh tu... saje je tu... cewah... hero ustajah pulak yang wish awal pagi.. sungguh tak aci.. ahaks!

Tadi pergi jenjalan sekitar bandar Alor Setar... then masuk kat shoping complex ustajah mama berkenan kat satu handbag.. yeahh tengah sale kan.. naik gila jugak nengok... tapi terpaksa memejamkan seketika mata Ticer yang tak baper nak bulat ni... belikan handbag kat ustajah mama... as her birthday present.. wahh kain semalam cam ne? tak pe la bagi je la kan... boleh buat pakai masa raya... :)

Petang tadi dok lepak-lepak, Ticer curi-curi tengok wajah ustajah..sebak dan syahdu... biasala malam esok Ticer akan berangkat pulang ke Borneo.. cuti sekolah dah nak habis... pastu ni mula dah la rasa nak selesema la.. migrain tetiba hinggap la.. nak demam la.. hoho penyakit datang macam tak mo bagi Ticer mulih ke sana...  memang berat rasa hati nak mendaki tangga kapal terbang esok malam... aishh kena bermalam kat KLIA nan sejuk sebelum berlepas ke KK seterusnya ke Lawas pada Ahad pagi...

Petang tadi pun ustajah tanya, "Esok kaklong balik sana dah ka?"
Pastu " Lepas ni tak da kawan dah la nak sembang-sembang... dekat nak raya pulak la baru kaklong balik,"
Perasaan: control tahap tak tau nak habaq.. kang meraung ustajah mama sedih sekali... so purak-purak cool..

Akan merindunya sangat-sangat..
Bila kat sana (Borneo) saya akan mengalami satu keadaan di mana semangat saya akan hilang selama seminggu dua minggu dan kadang-kadang membawak ke tiga minggu... adehh akhir puasa pulak baru saya dapat balik... dan ketika itu debaran makin kuat saya rasa... debar sebab apa? agak-agak korang sebab apa?

Ok dah tak nak cerita panjang..*padahal dah panjang berjela... nak packing barang pun malas... nak print out itinerary pun malas... nak balik sana pun malas... haishh... tolongla bersemangat sikit Toh Puan Seri Cik Wan Soidah cayang oiit...

:.. Akan merindui wajah kesayangan hamba tatkala di sana nanti... sabarlah duhai hati... dugaan orang berjuang beginilah...



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

6 geng suka bebel:

ZWAN SABRI said...

begitulah jasa seorang guru..
demi mendidik anak bangsa, sanggub berkorban berpisah dengan keluarga..
cayalah ticer wan! ;)

~~Ticer Wann~~ said...

:) demi anak bangsa yang dahagakan ilmu kita kenalah bekorban walaupun hati berat sangat nak balik sana.. :D

Rina Rahamat said...

sabar ye dear..

Akunyer said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty: yeahhh I'll try.. sokmo gini la bila nak kelik srwk...

kindergartenlibrary said...

kena rehat banyak2 ni !
:)

Akunyer said...

nelly: rehat dah banyak dah kot...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan