Monday, June 20, 2011

Bila nafsu merajai diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sangat terkejut dengan berita yang di baca... korang tak terkejut? Alaa berita pasal ayah yang bersekududukan a.k.a zina dengan anak sendiri dan mendapat 3 orang anak hasil hubungan terlarang tersebut... 

Sedihnya rasa..inilah tanda-tanda akhir zaman... bila zina semakin berleluasa... benda macam tu dianggap satu fenomena biasa... hukumannya? cuma perlu membayar denda... Astaghfirullah... patutla semakin panas dunia ini kurasa kerana kemungkaran semakin bermaharajalela...


Inilah tanda-tandanya... yang mana kulihat sudah pun menjadi nyata....

-sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.

-tidak ramai umat Islam yang. mahu mengamal dan menyebarkan agama Islam.

-keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan, gambar-gambar serta filem-filem lucah berleluasa.

-penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

-perkara-perkara yang halal dianggap haram dan sebaliknya. berbohong menjadi satu keperluan.

-zakat dianggap beban

-hujan/salji turun tidak pada musimnya serta tempatnya.

-wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan dan wanita lebih ramai dari lelaki.

-kawan dan lawan sukar dibezakan.

-masjid-masjid dihiasi, tetapi banyak yang kosong dan berkunci.

-riba berleluasa, orang yang beramal dengan agama pun tidak terlepas dari fitnahnya.

-darah manusia menjadi murah, peperangan, pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup. pergaduhan dan peperangan antara umat islam menjadi-jadi.

-akan datang manusia dari barat mempengaruhi umat supaya ikut cara mereka.

-ilmu agama tidak diberikan tempat yang sepatutnya dalam masyarakat (umumnya masyarakat Muslim).

-kebodohan dan kejahilan tentang agama menjadi semakin jelas dan nyata.

-zina berleluasa serta arak menjadi munuman biasa bagi umat islam.

-banyak berlaku gempa bumi serta fitnah berleluasa.

-masa dirasakan begitu cepat.

-orang-orang miskin bermegah-megah dengan bangunan pencakar langit.

-muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela.

-ramai manusia mati secara mendadak.

-kebanyakan berita berupa pembohongan.

-ramai orang muslim yang hanya tahu bercakap mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.

-umat islam yang beriman merintih melihat maksiat berlaku sekelilingnya tapi tidak mampu untuk mencegah kerana sudah terlalu umum.

-ramai yang menjadi pengampu kepada pemerintah yang zalim.
Tanda-tanda kecil akhir zaman ni merupakan sebahagian sahaja dari hadith-hadith Rasululullah... banyak lagi tanda-tanda lain yang telah pun terjadi di zaman yang serba canggih ini...

Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lainn untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan takut mati'. 

Ticer baca KAT SINI

:.. Marilah kita bermuhasabah diri… moga kita menjadi hamba-Nya yang dikasihi oleh Ilahi seterusnya bakal menjadi penghuni Syurga yang nikmatnya berlipat kali ganda dari dunia ini, insyaAllah 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

12 geng suka bebel:

Farhana Jafri said...

seram je baca sal ni.. ntah np la diorang buat mcm tu.. sedih btul tgk umat Islam skrg.. ksian kat anak tu la.. anak dorang status pe erk??

syuxer said...

baru je baca tadi..T_T..huhu sadis sungguh sampai x tau nak cop neh anak dia or cucu dia??

patut kena wat hukuman hudud neh..dah terlalu teruk benar kes jenayah sumbang mahram berleluasa..

tanda2 kiamat pun dah ada dah..mampukah kita hadapi fitnah dajjal besar nanti..T_T

Liyana Zahim said...

Smoga kite termasuk dlm golongan yg bukan dilaknat.. Ya ALLAH, rase kerdilnye sy kat bumi pinjaman-NYA ni~

Akunyer said...

Farhana Jafri: ishh anak tu tak tau la cam na.. memang la tak dosa anak tu... cuma tak tau nak panggil apa nanti....

Akunyer said...

Syuxer: tu la pasal... time baca tadi rasa macam nak debik je sorang-sorang... hukuman hudud? hmmm bak kata pemimpin kita tak sesuai dengan Malaysia yang berbilang kaum... haishhhh....

tia @ Ini Kisah Tia said...

uish Ticer , banyak yang dari Ticer list kan tu dah terjadi . semakin rmai artis wanitalah .. waktu rasa cepat .. seram lah Ticer ..

Akunyer said...

Liyana Zahim: amiin insyaAllah....

Akunyer said...

Tia: huhu Ticer pun rasa seram gak.. amalam sikit.. dosa? astaghfirullah...

Anak Wak Mail said...

takutnya..nauzubillah..!

Akunyer said...

Anak Wak Mail: =.= takut jugak.. huhu

Ceiler Mun said...

takutnya bila baca.. hmmm.. sama2 la kita muhasabah diri kita.. kan ticer?



^^

Akunyer said...

Bella: ye itu yang sebaiknya..bermuhasabah.. :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan