Friday, June 10, 2011

Tak payah la renggang-renggang..rapat-rapat la syok...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tidak kelaratan nak meng-update blog semalam lantaran keletihan yang teramat setelah mengukur segala macam jalan dan kedai di Alor Setar... syukurlah barang yang dikehendaki semua dapat:


1. Hadiah ustajah mama
2. Langsir
3. Fitting baju (terlebih excited la pulok...adoii)

Pastu pergi layan seround laksa yang sangat umphh kat situ.... lamanya tak makan kat situ... dulu time sekolah sokmo terjah kat kedai tu p makan laksa.. rasa tetap sama... saya and kazen menjadi customer last so bayangkanlah betapa nikmatnya menghirup kuah yang sangat pekat.. *dan-dan terliur...

Ok itu hanya intro... panjang berjela kan? haha... 

Masih cerita pasal semalam... saya pergi menunaikan solat Asar di Masjid Zahir... salah satu masjid yang tersohor dan tercantik di negeri Kedah.. tak caya? cer Google sekarang... ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan 27 kali ganda pahala berjemaah.. ALhamdulillah rasa seronok tengok dengan keadaan tu.. TAPI....... kenapa? kenapa saf dibiarkan putus? macam lain-lain parti plak... satu group ni parti A, group ke 2 parti B dan group ke 3 Parti C... kenapa dorang tak nak rapatkan saf? memang la masjid tu luas tapi saf tetap kena rapat jugak...

Pernah jugak dulu (ni cerita time zaman dolu) Ticer solat Tarawih di surau kampung Ticer rapatkan saf ke arah ustajah mama... tapi orang sebelah Ticer wat dekk jer... memang sah-sah la saf tu renggang.. bila Ticer mintak dia rapat ke arah Ticer, dia macam tak nak.. seolah tak nak share sejadah dengan Ticer.. adehh Ticer tak da niat pun nak suruh dia share sejadah..Ticer nak sama-sama dapat pahala jemaah.. dah kalau putus saf macam tu sayangla... 
Ihsan Google 
Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: luruskan saf-saf kamu, sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari  kesempurnaan solat. (riwayat al-Bukhari, Kitab: Azan, Bab: Iqamah As-Solah Min Tamam As-Solah, no:723, Muslim, Kitab:As-Solah, bab: Taswiyah As-Sufuf Wa  Iqamatiha. no:973). 

Daripada al-Nu'man bin Bashir telah berkata yang bermaksud: "Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: "Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu." (Muslim, Kitab: As-Solah, Bab:Taswiyah al-Sufuf., no:978, Abu Daud, Kitab:Asl-Solah, bab: Taswiyah As-Sufuf, No: 663, At-Tarmidzi, Kitab: al-Solah, Bab: Ma ja fi iqamati al-Saf, no: 227.) 

Sekiranya saf terputus tanpa alasan yang kukuh dari sudut Syarie, maka solat itu tidak sah lebih-lebih lagi masih terdapat ruang kosong di dalam masjid atau surau yang boleh diisi dengan menggabungkan saf-saf yang ada... 

:.. Jangan ambil mudah tentang saf dalam solat.... jangan sampai "penat-penat je solat jemaah tapi tak dapat apa"...Jom betulkan saf kita..

Sumber rujukan: sini


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

ukhti syikin said...

hah... kat rumah ibu.. kt setapak.. kat situ ada surau arab.. sebab situ macam perkampungan arab ler ...

solat kat surau depa memang sgt best.. mcm kat arab ler yer.. takda org dok borak2 lepas & sebelum solat.. yang ada semua baca quran.. kira semua lapisan umur la..

Actually dia orang tak berapa galakkan perempuan solat kt surau... so syikin pergi masa terawih.. jgn ckp ler penuh sampai ke khemah luar2..


Almaklumlah kebanyakkanya berniqab..berjubah tebal kan.. kalau solat kat luar tu.. dia orang pakai juga niqab tu.. sampai part nak sujud baru angkat niqab..

owh terlupa pula tajuk psal saf hehe :D


ruang solat muslimah kt dalam.. saf nya sgt rapat...
betul2 rapat la... 1st time syikin solat saf serapat tu,kadang2 arab ni kasar gak.. kalau kite tak berapa nak rapat.. dia tolak kite bg rapat ( al maklumlah.. ada yg dari somalia ke.. tak reti ckp english.. bahasa dia kite tak paham ler.. tu yang dia tolak jer ) ...


Kire rapat sgt2 ...sampai syikin jadi kurang selesa.. maklumlah ruang tu padat.. selagi boleh rapat.. dia org rapatkan.. dia prang risau bebeno syaitan menyelit.


2/3 hari syikin solat kat luar pula.. sbb rasa tak boleh bernafas dah kt dalam .. padat sgt :) ... dia org biasa dah kot,dengan jubah tebal.. berniqab.. nak sujud baru selak .


solat kat luar rapat juga.. tp alhamdulillah. lebih selesa sikit.. ada ruang untuk kite selesa dalam solat. :) yang penting.. saf kena rapat..


*-* kat tempat lain susah sangat nak dapat saf rapat

qasehraihan said...

bagus entry ni..
ramai yg tak tahu rasanya ni...


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/boikot-je-la-konsert-final-af-tu.html

~~Ticer Wann~~ said...

ukhti syikin: ermm memang kalau ikut rasa selesa memang la tak selesa bila rapat-rapat..tapi dari syaitan menyelinap masuk baik kita tak bagi peluang langsung ye dak :)

~~Ticer Wann~~ said...

qasehraihan: thanks...sekadar perkongsian ilmu..sebab ramai yang abaikan tentang saf bila berjemaah...

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, suka sangat entry ni.. x sangka tajuk entry ni pasai saf solat.. btw, setuju dengan ticer wan.. kadang2 pelik jugak zwan bila semayang jemaah kat masjid, ada banyak lobang2 jarak antara jemaah dengan jemaah lain.. huhu

tia @ Ini Kisah Tia said...

betul tu Ticer . Tia tiap kali solat berjemaah kat sekolah ke kat memana lah , mesti nak rapatkan saf takut nanti syaitan masuk celah2 tu .. tak khusyuk sudah solat bila ada syaitan ..

~~Ticer Wann~~ said...

Zwan Sabri: :) saja buat tajuk yang ala-ala kontroversi sket... itulah..sayang pahal jemaah.. free-free ja ilang... huhu

~~Ticer Wann~~ said...

tia: memang tak khusyuk kalau saf tak rapat... tapi tak semua orang faham yang tu huhu...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mmg betul..tp camno nk ckp kat diaorang kan..

~~Ticer Wann~~ said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty: itula masalahnya sekarang... huhu...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan