Friday, June 17, 2011

Pandai-pandai la jaga diri dan iman...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedikit peringatan buat diri sendiri dan teman-teman... moga mendapat manfaatnya.... bukan niat nak menjadi orang yang macam bagus... tapi sekadar berkongsi sedikit cerita.. saya akan sampaikan cerita ini dengan gaya bahasa saya sendiri..kalau ada yang kurang senang maafkan lah...

Couple...pernah dengar? aci potong betik la kalau tak dengar... tunang? suami isteri? semua tu merupakan hubungan antara berlawanan jantina... Couple= hubungan lelaki dan wanita yang tiada apa-apa ikatan yang sah.. hukum? rasanya boleh cari sendiri kot... Tunang pulak? okeh dah ada ikatan namun ikatan tu belum cukup kukuh.. masih perlu menjaga batasan yang telah digariskan oleh syariat... suami isteri? yeahh inilah ikatan yang benar-benar sah..yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.. kau nak pegang tangan ke..cubit pipi ke tak de sapa yang marah... nak lebih dari tu? erk...yang tu jawab sendiri la.. takkan nak explain kat sini...

Sebenarnya bukan pasal hukum ber-couple/ geli-geli yang saya nak jelaskan... tapi saya lihat sekarang ni rata-rata antara kita tak pandai menjaga batas-batas pergaulan.. saya tak kata kat sesiapa ye.. sebab saya ni pun manusia biasa yang bila masa-masa sahaja akan diuji macam tu... 

Sebagai contoh: Mamat ber-couple dengan Minah... si Minah ni duduk serumah dengan Tipah and Milah... Boleh dikatakan selalu jugak Mamat bertandang ke rumah Minah... nak jumpa Minah... disebabkan kononnya rumah Minah tu ada muhrim dengan selamba sahaja Mamat masuk ke rumah Minah...

"Kami tak buat apa-apa pun.. kawan-kawan ada sekali la." 

Yeahh memang dorang tak buat apa-apapun tapi perlu ke sampai ke dalam rumah? Pandangan orang? Pandangan Allah? 
                                         
"Rileks aa..kecoh plak dia ni... hosmet aku cool jer..jaga tepi kain korang sendiri dah la... silap-silap kain sendiri yang koyak"

Wohoo mana boleh cool beb.... Bila dah berada dalam satu kejiranan/kawasan maka wajarlah jiran-jiran lain mengambil tahu hal yang berlaku... time ni memang boleh guna istilah "jaga tepi kain orang," sebab takut balasan dari Allah turun tanpa mengira siapa... silap-silap satu perumahan tu dapat balasan hanya kerana perbuatan 2 orang 'couple' tersebut... 

"Kubur masing-masing bhai.."

Yeahh..tapi yang tukang gali kubur siapa? yang tolong talkinkan? yang tolong kafankan? mandikan? kalau kubur masing-masing means si mati tu la yang buat semua sendiri... kan? 

Ihsan Google...

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera........
(sebahagian lirik Kalau Berpacaran)
Sudah-sudahla tu... jangan la buat orang lain berdosa kerana mengutuk/ bercerita pasal perbuatan kurang sopan kamu tu... Moh la kahwin... Halal dan sah disisi syariat... 


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ

Ertinya:” Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” (Ali-Imran: 104)


:.. Sangat respect pada insan yang mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan penuh berhikmah.. Ticer? erk.... sangat lemah iman ini... T_T

Wallahua'lam... 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

18 geng suka bebel:

ukhti syikin said...

ermm.. tu baru bercouple.... kalau ebrtunang siap boleh tido rumah dah.. entahlah. bertunang tu macam lesen plak...

bila nikah gantung... dah sah2 nikah taleh duduk bersama.. zaman skrg baru bertunang.. tiap2 minggu check in...



ehhh lari tajuk dah ni :D

liyana said...

nice entry..

thanks..
hmm..kalau malu n iman hilang..mcm2 bleh jadikan

~~Ticer Wann~~ said...

ukhti syikin: tu yang menakutkan... huhu peliknya bila nikah gantung dipandang serong plak.. haishhh...

~~Ticer Wann~~ said...

liyana: syukran... yeah... sebab itu dikatakan Malu sebahagian dari iman... hilang malu maka berkecailah iman..moga kita terhindar dari semua tu

yatie Awang said...

sebagai insan banyak yg kita perlu belajar dlm kehidupan,seperti mengawal emosi, contoh masalah mcm ni lah...anak muda sekarang kalau di tegur, kita balik yg kena.....kerana keberanian mereka ni lah yg membawa kerosakan kepada diri sendiri

~~Ticer Wann~~ said...

yatie awang: memang susah nak menegur orang sebab orang akan ingat kita dengki... huhu

Syuxer said...

ye cikgu..

saya amat meluat dengan ayat-ayat neh..

"jaga kain sedirilah"
"kubur masing2"

perghh menyirap darah nak lempang 23kali das..

jahilnya bila berkata sedemikian kan..kononnya dah amerrikka punye jiwa kepala bana dorang..huhu

~~Ticer Wann~~ said...

Syuxer: hii lempang je... berdas-das pun ok jugak... itula bila pemikiran dah di-western-kan... apa yang tak boleh semua dibolehkan...

Farhana Jafri said...

dh bnyak dh jmpe cpl mcm tu.. kat KUIS ni sndiri ad pmpuan ajak boyfriend naik bilik.. tu lg dshat kn.. tp sume ni bnyak pngaruh dri movie and drama org kite sndri.. asal brcnte je sume boleh.. dh rupe org barat pyn lifestyle pon hado...

Jangan Kalot said...

Kesimpulannya, Privasi mesti kena ada. :)

Budak Botak said...

Kalau bala turun, turun kat semua kan. Sb tu kena tegur...

Entry terbaru -> Video Maharaja Lawak Astro Minggu 12 - Koleksi Penuh... (",)

~~Ticer Wann~~ said...

Farhana Jafri:itulah pasal... bila bercinta yang haram pun jadi halal..huhu...

Jangan Kalot: Privasi apa?

Budak Botak: ha'ah tapi tak semua bleh terima... bila ditegur kata kita dengki...

tia @ Ini Kisah Tia said...

insyaAllah kak , Tia akan cuba jauhkan diri dari semua tu ..

Simpan Kecantikkan Hanya Untuk Suami

Far8 budak baik said...

betul2..mesti amek tahu
hal jiran kn..
bab bala jatuh kat
semua org...
takut..huh..
thanks sharing cikgu wan
hehe =)

~~Ticer Wann~~ said...

Tia: uik tetiba panggil kak lak ni..haha macam tua plak... amiin..moga terhindar dari segala kelakuan yang tak elok

~~Ticer Wann~~ said...

Far8 budak baik: hehe sesama... sekadar ingatan bersama.. :)

Anak Wak Mail said...

betul tu..saya sangat tak sokong dengan senang hati bawak laki masuk rumah..walaupon ada kawan-kawan..

kat cerita melayu pon banyak camtu..cam benda biasa pulak dah..haiiishhh!

~~Ticer Wann~~ said...

Anak Wak Mail: memang bersepah cerita Melayu macam tu..pastu budak-budak remaja lain ikut la.. dah kata boleh..haishhh

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan