Tuesday, June 7, 2011

Ana Rafali rileks jer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Boleh pandang-pandang...
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman...

Pernah dengar? Aci potong kek la kalau tak pernah dengar... Lagu ni memang meletop kat gegendang telinga saya... sebelum ni pernah je dengar lagu dia yang lain tapi tak layan sangat... lagu ni sikit sebanyak boleh buat kita berfikir sikit.. nak pegang-pegang, sentuh-sentuh / nak duduk rapat-rapat tunggu selepas ijab qabul la... 

Ok tak mau cakap pasal ni..nak cakap pasal lain... Ana Rafalli selalu pakai baju kurung je kan masa perform/temuramah.. rasanya kadang-kadang je dia pakai baju lain.. sempoi sih... sampai ada orang kita yang nak jadi retis tiru gaya dia dengan memakai baju kurung... itu bagus la.. baju kurung kan baju kebangsaan kita... heh kalau retis pakai orang tak kata apa pun kan...

Teringat kisah zaman muda mudi dulu.. cewah... sekarang pun muda apa... pernah satu ketika dulu selepas kelas saya and beberapa orang kawan ke DBP mencari bahan untuk assignment BM kitorang.. kat library kampus tak de bahan yang kitorang nak.. so terpaksa la ke DBP.. puas la berjalan dengan kadar yang paling pantas namun malangnya DBP dah pun bertutup pintunya... peluh tu toksah cakap la... muka masing-masing frust.. then member mintak kitorang gi bersantai kat KLCC.. hoho macam ada tempat bersantai je kan.. tak pe la dah alang-alang kat situ so pegi la KLCC... 

Setibanya kat sana terserempak dengan seorang teman bersama sang arjunanya... dah nampak takkan nak buat tak tau pulak.. ye dak? so saya dengan muka yang manis macam gula ni pergi la tegur.. 

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..ehh.. wan.. dari mana ni? wahh ramainya geng-geng dakwah,"

Tersentak kot dengan kata-kata tu.. sinis gila.. hanya kerana kami ke KLCC pakai baju kurung kami terus dicop geng dakwah...then terus ditertawakan.. lawak sangat ke pakai baju kurung g KLCC? adoii...

Ihsan Google
Pernah saya tunggu kawan saya di tempat yang sama tapi masa dan hari yang berlainan... pakai baju kurung jugak... then ada seorang perempuan Inggeris datang tegur saya... dia cakap cam ni la lebih kurang...

"U look beautiful in this(sambil tunjuk baju kurung yang saya pakai). Where did u buy it?"  saya terpinga-pinga. bukan sebab tak faham soalan dia tapi sebab pelik... pelik sebab apa? Ye la si perempuan Inggeris tu boleh cakap cantik pakai baju kurung... yang teman tu pulak boleh gelak tengok kitorang pakai baju kurung...

:.. Bila Ana Rafalli pakai baju kurung kenapa orang lain boleh tiru gaya dia...? Bila orang biasa pakai baju kurung orang tengok pelik siap kena gelak lagi..tapi bila berpakaian tetapi telanjang orang anggap itu fenomena biasa dan trend terkini... astaghfirullah...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Misty Melor said...

hehe.. mmg suka pakai baju kurung dengan snicker and tudung labuh,dari kecik.. then pergi jamming,siap main bass guitar.. mesti more weird pada org kan :-s.. alhamdulillah sekarang tak men jamming dah :)

Fendy TZM said...

Bro namakan orang macam ni sebagai jakun. Hahahaha. Bila kita buat semua tak okey tapi bila artis buat semua nak ikut.

Akunyer said...

Ukhti syikin: wow jamming tu... tabik springgggg

Akunyer said...

Bro Ery: heh ye la retis kan selalu dok kat TV... orang biasa cam kita ni mana ada... haha..

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan