Friday, April 15, 2011

Dulu lain sekarang lain

:.. Pesanan penaja: entri saya ni ada percampuran bahasa pertuturan antara BM dan loghat utara..harap maaf ehh kalau ada yang tak faham...
Sebab apa saya menggunakan loghat utara? dah kejadian yang nak saya ceritakan ni berlaku kat negeri di utara so nak menyedapkan lagi cerita saya pun gunakan loghat tersebut.. (panjang pulak pesanan penaja nih)

Sesi mengenang zaman persekolahan rendah part 2... yang terlepas part 1 boleh klik SINI



"Adi!! Mana gheja rumah Matematik yang cikgu bagi kemarin?"



"Erk... saya lupa nak buat la cikgu.."

"Saipa lupa? "

"Semalam tidoq awai,"

"Awat petang tak leh buat ka? Takpun masa rehat... ni dak dengaq loceng bunyi teruih lari p melompat kat padang. Hang nampak dak batu bata yang cantik baru cat kat depan kelaih ni?" Adi tengok dan menggangguk. Cikgu PQRST menyinsing lengan baju. Cengey (garang) ooo cegu PQRST... 

"Dengan segala hormatnya hang p dok bertapa kat situ," Adi keluar dengan muka yang sedih.

surat tunjuk sebab

Situasi ke-2 (Kelas Alam dan Manusia)

"Sapa-sapa yang ghasa-ghasa (rasa-rasa) tak lukis mai depan mai..nak bagi roti panjang sket...lama dah tak dapat roti panjang kan,"

Haa hamik..hampir 1 kelas berbaris kat depan tu..semua pakat2 lupa... dengan selamba saja roti panjang hinggap kat betis... memang sedap lemak berkrim...tak leh dapat kat mana2 tempat pun...

Banyak lagi sebenarnya kisah time sekolah dulu... segala denda baik seteruk mana sekalipun yang dilakukan oleh guru takkan berani kita nak mereportnya kat ibu bapa sendiri. Sebab? kalau report nanti sah2 dapat habuan extra yang terbaik dari ladang punya.... cikgu diberi kebebasan untuk mendidik anak muridnya asalkan tidak melampaui batas dan norma-norma kemanusiaan...

Tapi situasi sekarang ni berbeza....denda mendenda sebegitu seolah tak relevan..betul ke? memang betul ada lagi cara lain untuk mengajar pelajar tapi kalau sampai mereka hilang hormat pada cikgu apa cerita? Contoh: kita minta student hantar buku latihan pagi esok tapi yang hantar cuma 3 orang. Apa perasaan? bukanlah saya maksudkan situasi kat tempat saya...namun saya melihat keadaan ni secara general... kadang2 cikgu tak pukul tapi dapat report kata  memukul pelajar... wuuuu sian oo.... tanpa usul peksa terus kena serang....... siap ada yang buat report polis lagi....  

ngaa ni apa cer nih?
Naper yer jadi cam ni sekarang? sekadar bertanya... tak mau hentam2.. diskas cara elok okeh... nanti saya berubah jadi cikgu garang plak... dah tak cute plak nanti..ahaks!!

:. tima kasih pada semua guru saya..walaupun penah kena denda (ahaks!!) saya tetap cayang kat dorang..... betul...kalau tak cayang saya tak apply buat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kat sekolah rendah saya dulu.... sanggup 2 balik ke Kedah dari Seremban semata2 PBS ni and sebab nak jumpa cikgu cikgi saya yang terchenta..

2 situasi berbeza




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Mubarag said...

1st ahakss....=P

~~Ticer Wann~~ said...

Mubarag: haishhh kat blog kecik ni pun nak lawan sapa 1st ke? ceh... :p

Miss Tira said...

Tu laa dia. Kita pukul nanti kena marah, tak pukul nanti anak dorang disiplin hancur cakap cikgu tak tahu mengajar. Susah betul zaman sekarang ni. -,-

~~Ticer Wann~~ said...

Miss Tira: ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan