Friday, April 1, 2011

Kita tengok siapa yang kena... April Fool

Assalamualaikum... 

Time sekolah rendah dulu pernah jugak main2 mem'fool'kan orang... time 2 serius tak tau apa 2 April Fool.. I mean sejarah pengefoolan bulan April ni... ingatkan 1 hari untuk kenakan orang... kat sekolah ja berani buat.. kat umah buat camni? mau kena 'ketam batu' paling best tak dapat kat mana2... ihiks...


Apa itu April Fool?

Sejarahnya?

Kenapa April Fool? Kenapa tak May, Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Fool?



Hmm.. selepas menggodek-godek Pakcik Google yang banyak berjasa pada hamba... so saya baru lah tau... sebelum ni tau tak boleh disambut je cuma tak tau kenapa ianya tak boleh... 

So... let's check it out... 

Perayaan April Fool ini diraikan bersempena kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapa sekian lamanya di Granada. 

Penduduk2 Islam di situ terpaksa berlindung dan berkurung di dalam rumah mereka sahaja namun tentera Kristian tidak berpuas hati dan berusaha keras untuk menghapuskan kaum Muslim di situ. 

Orang Islam pada ketika itu diberitahu mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh disitu. Mereka juga boleh membawa barang2 keperluan bersama. 

Maka bersiaplah orang2 Islam dan menyediakan segala kelengkapan untuk belayar. Pada tanggal 1 April mereka menuju ke pelabuhan... Pada masa inilah pihak tentera Kristian menggunakan peluang yang ada membakar rumah2 penduduk Muslim. Bukan itu sahaj malah kapal2 juga turut dibakar. Orang2 Islam baik lelaki,perempuan dan anak2 kecil turut dibunuh. Peristiwa berdarah ini diraikan oleh pihak Kristian. 

"Perayaan" ini menjadi 1 perkara wajib bagi sesetengah orang dan disambut di serata dunia.. 

Sedihnya rasa bila orang Islam sendiri turut meraikannya... 

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”






:. So.... camne? masih nak sambut lagi? tak payah la yer...? apapun jagalah kesucian agama kita... Wallahua'lam...

:. andai maklumat yang saya dapat ini salah tolong betulkan....

Sekadar perkongsian ilmu.... :)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

**::CIKNUURUL::** said...

salam =)

btol tu,april fool ni tu la sjrhnye,.tp klu ade cite lain,xtau la,.wallahua'lam,.yg pnting,xyah la ssh2 nk smbut bnde tu,.xde pape pon,.kite jlani hdup cm bese je,.hehe,.nice info sharing,.tq,.

~~Ticer Wann~~ said...

Cik Nuurul: aok...tak pyh nk ssh2 pk nak kenekan org cm na... dalam Islam xde bende2 cm ni.. bergurau cara lain la... apa yg sy dpt sy kongsi la..anyway tq sudi menjenguk blog sy.. :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan