Sunday, April 24, 2011

Saya tak tau nak letak tajuk apa..harap maklum

Tahniah pada empunya badan... makin suka pulak saya nengoknya... hohoho..dah dua entri pasal dia nih... cammana nak buat ni? ngeee....

Nampak perubahan yang dia bawak..dan moga dia istiqomah dalam setiap apa yang dia lakukan (katanya dia tak nak bersentuhan dalam lakonan, tak nak bergambar rapat-rapat dengan wanita bukan mahram lagi)


So sweet
Haishhh sangat la lawa baju tunang si Ashraf ni... nak buat tempahan untuk raya nanti la.. waa dan-dan.. siapa cakap berlakon perlu bersentuhan? kalau kita tengok filem Iran (kalau tak silap) tak ada sentuh menyentuh pun..tapi isi cerita dalam tu tetap sampai kesannya di hati peminat... takpun tengok saja cerita Ketika Cinta Bertasbih tak ada pun adegan sentuhan antara Abdullah Khairul Azam dan isterinya... tetap meninggalkan kesan kan? Mesej yang hendak disampaikan tetap tercapai....

Even ada pelakon yang mengatakan mereka bersentuhan hanya dalam drama/ filem bagi menampakkan kesan/ menghayati watak, tapi sedarkah mereka bahawa matlamat tak pernah menghalalkan cara. Bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram tetap HARAM... tak pernah berubah biarpun atas alasan lakonan semata-mata.... So banyak-banyak la buat study yer..jangan hentam ikut sesedap rasa je... 

:.. Semoga tabah dalam setiap ujian untuk menggapai redha Ilahi...Sokong perubahan kamu (tolonglah baca Encik Ashraf Muslim..ihiks!)

:.. Pelakon-pelakon lelaki / wanita lain tak terasa nak buat perubahan macam Wardina, Irma Hasmie dan Ashraf Muslim ke? 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

26 geng suka bebel:

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

mmbr pernah cite yg asraf ni buka klinik rawatan altenatif.. dia ,,t baik.. mmg baik dia ni..

minat wardina!!

~~Ticer Wann~~ said...

Azroy: yeap memang dia ada buka pusat rawatan alternatif... memang baik yer? alhamdulillah....

minat wardina jugak!! :))

nelly said...

Ashraf Muslim tinggalkan Nelly .hahaha ..*perasan kan~*
Bagi Nelly , tak perlulah sentuh-sentuh ..
hayati watak katanya ..
hayatilah sangat ...
kadang2 tak bagi kesan pun pada penonton ..
nelly setuju bila tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih ..
Bagi Nelly , memang the best story !!
Masih menunjukkan ciri Islamik dalam dunia lakonan ..^__^

dayang said...

alamak...bertuahnya sapa dapat Ashraf Muslim tu..hmm..selamat la mereka ea.. :)

atiey azha said...

lepas tu , atiey ada terbaca yang asyraf ni dah tak mau berlakon pegang2 dengan perempuan lain atau bergambar berdua ..

Bella Bell said...

ex-bf saya ni..hahhahha!!~


punyelah kecewa semalam..asyik dok buat entry pasal ashraf muslim je..hehehhe~~

^__^v

akulahct said...

akhirnye betunang gak ex-bopren sy ni... hehe....

amny said...

sob3...sediihh...melepas amnii..

huhuhu......

semoga berbahagia laaa^^

Far8 budak baik said...

nasib bukan lisa surihani yg kawin..
frust menonggeng aku nnti
hahaha

~~Ticer Wann~~ said...

nelly: wahh ramai yang frust nih... kuikuikui.... ye betul tu.. tak perlu nak bersentuh la.. hayati watak macam biasa... kalau pelakon dalam KCB pun boleh buat takkan kita tak boleh buat ye dak?

~~Ticer Wann~~ said...

dayang: ye amiin...doakan yang terbaik buat mereka

~~Ticer Wann~~ said...

atiey: ha'ah memang ada baca macam tu jugak... sejuk ati.. cewah

~~Ticer Wann~~ said...

Bella: waa apa leh buat melepas sudah... kuikuikui takpe2 cari 'ashraf muslim' yang lain pulak okeh?

~~Ticer Wann~~ said...

akulahct: hikhikhik ramainya ngaku ex-bf.. :D

~~Ticer Wann~~ said...

amny: takpe... 'ashraf' yang lain masih menanti.. :D

~~Ticer Wann~~ said...

Far8 budak baik: lisa surihani? nanti saya buat gosip pasal dia ehh... ihiks

nelly said...

yup .kita juga boleh ..

mykhalis said...

nnt muslim my son pulak jadi jejaka contoh,,yeahh..ayah dia dah nakal sangat..hehe

fyna said...

dear....
hehehe..
fyna letak kamoo dlm beloglist fyna..
tq...
keep in touch..
:)

~~Ticer Wann~~ said...

nelly: :) umat Islam sentiasa boleh

~~Ticer Wann~~ said...

khalis: :D kenapa ayah Muslim nakal nih?

~~Ticer Wann~~ said...

fyna: tq tq tq..... yeah..keep in touch.. :))

Miss Tira said...

Kadang-kadang nampak ada yang berlakon konon suami isteri lepas tu laki cium dahi isteri. Waaa, bagus betul agama mereka. Hehe.

P/s: Maaf lama tak menyinggah. Bercuti sementara dari blog. Hehe ^^

adan said...

salam.. tahniah kepada irma,ashraffdan wardina..

~~Ticer Wann~~ said...

Miss Tira: itu la yang dikatakan menghayati watak.... ihiks!! ok aje... masing-masing bz kan... :))

~~Ticer Wann~~ said...

adan: doakan mereka istiqamah...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan