Monday, April 25, 2011

Kisah sorang cikgu

Malam ni terasa nak buat sesi bercerita pulak... rasanya ada yang pernah dengar dan baca cerita ni.. tapi saya tetap nak bercerita jugak... untuk sama-sama kita fikir dan renungkan... 

Okeh... ada seorang cikgu... dia mengajar di sebuah Taman Bimbingan Kanak-kanak atau nama pendeknya Tabika. cikgu ni memang cun melecun tapi sayangnya dia tak percayakan kewujudan Tuhan. So dia pun berfikir dan mencari cara macammana nak pengaruh otak anak-anak didiknya yang seramai 20 orang itu. Tiba-tiba plingggg!!! dia mendapat satu akal....

Cikgu (Cg): Murid-murid...nampak tak pen ni?
Murid-murid (Mm): Mestila nampak cikgu... 
Cg: Pen ni ada tak?
Mm: Ada cikgu.

Kemudian cikgu yang meletop itu tadi menyembunyikan pennya ke dalam beg dan bertanya lagi.

Cg: Okey sekarang ni cikgu nak tanya..kamu nampak tak pen tadi?
Mm: Tak nampak cikgu
Cg: Pen ada tak?
Mm: Tak ada cikgu...
Cg: Kamu nampak Tuhan tak?
Mm: Tak nampak cikgu
Cg: Tuhan ada tak?
Mm: Tak ada cikgu.

Cikgu tadi sangatlah gembira mendengarkan jawapan dari murid-muridnya itu. Tetapi didalam kumpulan pelajar itu terdapat seorang pelajar yang dikurniakan akal yang cerdas dan pintar. Maka terjadilah sesi soala jawab berikut.

ihsan pok cik Google
Amin: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Cg: Boleh.. meh ke depan meh...
Amin: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Mm: Nampak!!
Amin: Cikgu ada kan?
Mm: Ye, ada
Amin: Haa nak tanya ni... korang nampak otak cikgu tak?
Mm: Erm.... tak nampak pun.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Mm: Tak ada

:.. Memang terasa lucu bila kita membacanya tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut...  apakah pengajarannya?
:.. Maaf andai ada perkataan yang tak berapa cantik yang saya gunakan dalam ni... wallahua'lam 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

12 geng suka bebel:

Miss Tira said...

Hahaha cikgu tu dipermainkan macam tu je dengan anak didik dia. Wahahaha. Padan muka :p

~~Ticer Wann~~ said...

Miss Tira: hihi dapat bayaran cash tu.. :))

nelly said...

haha ..terlebih cerdik ~

~~Ticer Wann~~ said...

Nelly: tapi bagus kan menggunakan kecerdikannya untuk mematahkan serangan macam tu.. :D

Bella Bell said...

hambik kau..padan muke..hahahaa!!~

~~Ticer Wann~~ said...

Bella bell: hahaha gelak kepuasan nampaknye.. :D

Far8 budak baik said...

hahahaha..pandai lahh amin tu.
nape tak letak name aku..
farid ke..aha
copy ehh..kah3..
weh weh..klo update bg tahu lahh

mykhalis said...

hahaha..ini rekaan sendiri ke?serius kreatif derr.. thumbs up di sini

dwaty said...

nice... boleh dijadikan contoh pada mereka yang tak percaya kewujudan Tuhan...

~~Ticer Wann~~ said...

Far8 budak baik: hii Amin tu memang pandai... bukan tak nak letak nama kamu nanti glemer sangat.. ;)

~~Ticer Wann~~ said...

khalis: ni bukan rekaan saya..saya baca and modified sket ja... :)) orang yang merekacipta cerita ni la yang kreatif... :))

~~Ticer Wann~~ said...

dwaty: yeahh... betul tu... selalu digunakan dalam kem-kem motivasi.. :))

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan