Sunday, April 17, 2011

Seram!!

Apa yang seram lak ni? bukan sebab tengok cerita hantu (malam tadi saya tgk cerita pontianak okeh?) tapi seram bila tengok gambar2 yang saya jumpa nih.... korang tengok and nilaikan sendiri....  
memula 2 saya cam seram gak la..tapi lama2 rasa kesian pun ada...hadoiii macam ni punya worang pun ada ehh....




Comel kan gambar asal dia? nama pompuan ni Hang Mioku dari Korea. kalau tak silap penah baca kisah dia baru-baru ni.. dia ni boleh dikatakan mengalami keketagihan yang teruk pada pembedahan plastik. pakar bedah sendiri pun dah takut nak wat pembedahan kat dia ni dah... digelar standing fan... sebab? kepala besar badan kecik.. bukan saya yang kata la... tak caya try cari.. memang orang gelar dia camtuh... 

Next......


Donatella Versace
Seram nok.... dengar2 hampir keseluruhan tubuh dia rosak akibat pembedahan plastik... tengok sendiri la kan...

Next....

Michaela Romaini
Dia merupakan wanita kelas atasan Itali.. tak faham naper dia ubah muka dia... muka selepas tu jadi cam ne ntah... 

Ok ni yang terakhir



 Kenal? aci potong jari la kalau tak kenal.... dia pun merupakan salah sorang celebrity/personality yang sangat adicted ngan pembedahan plastik ni.. elok2 kaler kulit itam manis tetiba leh berubah jadi putih susu... kalau tak silap pembedahan hidungnya sahaja dibuat lebih dari 10 kali...  

Emm..kat Malaysia ada tak orang buat pembedahan plastik? rasanya ada la..sorang artis lelaki 2..dengan alasan nak mencari rezeki.. kalau botox rasanya saya tau sape.. yang cucuk itu cucuk ini... untuk apa semua ni?? untuk siapa?? kecantikan lahiriah itu kekal sampai ke mati ke?? 

Ada satu program bual bicara yang pernah discuss pasal ni... saya tak ingat nama program 2... panelnya terdiri dari 2 orang... satu pihak ilmuan (maaf saya tak ingat sape) and sorang lagi ialah artis... mereka bincangkan pasal pembedahan plastik ni termasukla botox n cucuk implan (ehh betul ke).. bila pihak ilmuan 2 cakap xboleh beserta hujah yang mengatakan tak boleh terus pihak artis ni potong cakap... dia kata kalau dah tua kerepot kena la bagi cantik... apa sahaja hujah yang dikeluarkan oleh pihak ilmuan itu walaupun beserta dalil2 naqli dan aqli masih lagi tidak dapat diterima pakai oleh artis tersebut (rasanya semua artis pun sama).. 

Untuk apa mengubah apa yang diberi oleh Allah? untuk apa mendapat pujian dari manusia tapi hina di pandangan Allah? Tak cukup cantik kah pemberian Allah? tak cukup sempurnakah kejadian manusia ni?

:.. apa yang perlu kita lakukan bersyukurlah..kerana manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian..justeru jagailah apa yang telah diberikan pada kita dengan sewajarnya...

:. betulkan saya andai salah memberi pendapat dan pandangan :)






Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Cik Puan Izan❤ said...

walau apapun kejadian Tuhan jgk yang elok dan cantik...xpyh nak ubah sana sini...menakutkan jer...bersyukurlah dgn apa yang Allah kurniakan....^__^

Akunyer said...

Cik Izan: bila tak bersyukur maka jadilah mcm gmbr2 2... muhasabah diri sama2 yer...

Anonymous said...

Ini semua duniawi. Kecantikan luaran yan hanya buat sementara. Kalau dah tua tetap akan tua. Yang kekal hanya akhlak dan peribadi yang baik. Akan diingat sampai bila-bila.

P/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.

Akunyer said...

Miss Tira: betul 2 betul.... tapi kdg2 orang yg gilakan dunia ni tak penah kisah pun psl 2 semua..apa yg penting dorang nk pujian manusia... :))

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan