Wednesday, April 27, 2011

Sol nak kereta sport la dad


Sesi bercerita pun bermula….jeng jeng jenggg….. panjang sikit...kalau sanggup baca tu baca la ehh... :)

Ada seorang pemuda yang hensem ala-ala Fahrin Ahmad (tolong jangan muntah) tinggal bersama ayahnya yang agak kaya. Di satu petang yang hening tatkala angin bayu berhembus sepoi-sepoi bahasa (wahh ni dah macam nak buat karangan time SPM dulu nih) duduklah mereka di bawah pokok yang merimbun.
“Dad… Sol jeles la tengok kawan-kawan Sol ada kereta sport.. boleh tak dad hadiahkan Sol sebijik bila Sol grad nanti?” Si ayah tersenyum saja tanpa berkata apa. (senyum tak perlu kata apa-apa)
          
Beberapa bulan selepas itu Sol atau nama penuhnya Shamsul bin Yusoff berjaya mendapatkan kejayaan yang cemerlang dan menerima ijazah kelas pertama. Hatinya melonjak kegirangan. Sudah terbayang kereta sport yang diidamkan itu. Satu hari si ayah memanggil anaknya. Dia mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah anaknya dapat. Shamsul memandang tepat ke dalam mata ayahnya. Penuh mengharap. Pak Yusoff yang seperti memahami kehendak anaknya itu menghulurkan sebuah kotak. Dia menggaru-garu kepalanya yang berkelemur da memandang ayahnya. Pak Yusoff menghadiahkan sebuah senyuman darlie.

kereta idaman Sol
“Dad! apa ni? Sol mau kereta sport la… bukan ini!!” bentaknya keras. Al-Quran hadiah dari ayahnya dihempas ke atas meja ayahnya. Shamsul terus berlalu keluar tanpa memberikan sedikit kesempatan pun untuk ayahnya menjelaskan kenapa hadiah itu yang diberikan kepada Shamsul. Dia mengambil keputusan nekad lalu keluar dari rumah dan meninggalkan ayahnya keseorangan.

10 tahun berselang Shamsul menjadi seorang yang berharta, mempunyai perniagaan sendiri dan keluarga yang bahagia. Pada satu hari sedang dia sibuk membantu isterinya mengemaskan rumah (suami mithali nih…:D) tiba-tiba sekeping foto lama yang terselit di sebalik buku-bukunya terjatuh. Dia lantas mengambilnya dan diperhatikan wajah orang yang berada dalam foto tersebut. Hati kerasnya tersentuh. Sudah lebih 10 tahun dia tidak menjenguk ayahnya sejak kejadian itu berlaku. Dalam keasyikan melayani perasaannya tiba-tiba telefon Sony Erikson cap ayamnya berdering. Selepas mendengarkan suara dari pemanggil dia terduduk. Ayahnya baru meninggal dunia semalam dan Shamsul diminta untuk pulang untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan perwarisan harta.
          
Dan….untuk pertama kalinya selepas dia berkeluarga Shamsul membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung. Setibanya di kampung dia terkenangkan kembali kisah yang berlaku antara dia dan ayahnya. Hatinya sedih dan bertambah sedih lagi apabila melihat Al-Quran yang dihempasnya itu masih berada di tempat yang sama. Tidak berubah sedikitpun kedudukannya seolah menceritakan kepadanya bahawa ayahnya menanti penuh setia kepulangannya. Perlahan-lahan dia mengambil naskhah itu dan membukanya. Dan tak semena-mena ada sesuatu yang terjatuh dari Al-Quran. Sebuah kunci dan dibelakang Al-Quran terdapat satu sampul yang terdapat didalamnya resit pembelian kereta sport yang telah dilunaskan bayaran sepenuhnya oleh Pak Yusoff pada hari dia menerima ijazahnya. Di dalam sampul surat tersebut terdapat sepucuk surat yang ditulis oleh ayahnya sendiri.

“ Hadiah teristimewa buat putera kesayanganku”

Air mata Shamsul makin deras mengalir. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan semakin menebal namun segalanya sudah terlambat…….

:.. Berapa banyak nikmat Tuhan yang telah kita lupakan hanya kerana nikmat tersebut tidak “dibalut” dan diberikan dalam keadaan yang kita hajati? Fikirkanlah bersama.

p/s cerita ni saya baca dan modified ikut sesedap rasa saya.. harap mendapat sedikit manfaat...


Sumber: iluvislam.com

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

mykhalis said...

selama 7 tahun cerita ni khalis bawak dalam kem motivasi.. tak pernah gagal untuk menginagtkan kasih sayang ibu bapa.. nice story kan?

Anonymous said...

Walaupun sedikit pemberian dari ayah kita tapi percayalah itu yang terbaik. :)

P/s: Check status blog Ticer Wan dekat sini URL Void

Akunyer said...

khalis: betul tu... dulu time pegi kem motivasi tak tau pasal cerita ni..selalu main rekacipta sendiri je... sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang kasih sayang ibu bapa.. :))

Akunyer said...

Miss Tira: yeap..biar sekecil mana pun pemberian ibu bapa kita tapi satu hari nanti benda tu jugak yang akan terlekat kemas dalam ingatan kita...

Dah check...CLEAN!! ho yeahh

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan