Friday, July 8, 2011

Hukum memakai contact lense bewarna dan braces gigi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Fiuu rasa cam ustazah pulak bila ditanya soalan oleh seorang blogger pada Ticer..


Ticer bukanlah orang yang arif sangat.. Apapun Ticer cuba kongsikan apa yang Ticer dapat dari pembacaan dan pencarian Ticer..

Hukum memakai contact lense bewarna ni ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak.. Sebab apa tidak boleh? Sebab dikatakan mengubah ciptaan Tuhan.. sebab apa boleh? Sebab ia bukan berunsur kekal.. ok ni kupasan lebih lanjut pasal tu..

Hukum Penggunaan Kanta Sentuh

Soal: Apakah hukum menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan?

Jawab:
Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan jika tiadanya sebarang mudarat terhadap mata dan tidak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah kanta sentuh agak membebankan (mahal) sedangkan seseorang tidak memerlukannya.

Adapun jika ia membawa unsur penipuan, iaitu samada ia seolah-olah mempunyai penglihatan yang baik atau warna matanya cantik maka tidak dibenarkan penggunaan kanta sentuh berwarna ini. Adapun jika dipakai untuk suaminya atau ahli keluarga di rumahnya dan tidak memudaratkan serta tidak berlaku pembaziran maka tidaklah mengapa.

Hukum Menggunakan Kanta Sentuh untuk Berhias

Soal:
Apakah hukum memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias?

Jawab:
Memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias adalah dibolehkan, jika tidak terdapat unsur penipuan dan tidak berhias di hadapan lelaki ajnabi, serta tidak mendatangkan mudarat, kerana kaca mata yang dipakai oleh seseorang yang tidak perlu memakai kaca mata boleh memudaratkan mata seseorang. Oleh itu kami menasihatkan agar menjauhinya sekiranya ia boleh memudaratkan. Menolak fasad itu didahulukan daripada mendatangkan maslahah.

Tiada Kesan Kanta Sentuh ke atas Puasa

Soal:
Adakah terbatal puasa dengan memakai kanta sentuh?

Jawab:
Kanta sentuh tidak membatalkan puasa kerana tiadanya kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan dgnnya.

Kanta sentuh tidak termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah

Soal:
Adakah memakai kanta sentuh itu haram kerana sesetengah ulama' telah berfatwa ianya mengubah ciptaan Allah?

Jawab:
Tidak mengapa memakai kanta sentuh berwarna dan syara' juga membenarkan warna rambut diubah selain hitam dan tidaklah itu mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan perihal 'menyaluti' mata denga kanta tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.

Kanta Sentuh - Mandi & Wudhu'

Soal:
Adakah kanta sentuh memberika kesan terhadap mandi dan wudhu' seseorang? Saya memakai kanta sentuh dan adakah dibolehkan jika saya memakainya ketika mandi junub?

Jawab:
Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.

Sumber: IslamWeb  RUJUK SINI

(Andai ada kesilapan minta dibetulkan sebab Ticer cuma insan biasa yang tak terlepas dari salah)

Untuk braces/ pendakap gigi pula ni pendapat yang Ticer ambil
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.”

Maklumat lanjut pasal braces boleh rujuk SINI

:..Maaf andai tersilap menyalurkan maklumat.. minta dibetulkan segala kesilapan.. harap maklum J








Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

20 geng suka bebel:

She's Gee said...

alamaks.. gee K.O pasal ni.. tapi gee penah baca perbuatan merapatkan gigi adalah berdosa atas tujuan kecantikan. tapi law utk kesihatan sendiri, x termasuk sbg haram. aiyo, gee pon ingat2 lupe ler.. nasib baik gee tak pakai kedua2 barang di atas.. hehe.. ^^

~~Ticer Wann~~ said...

@She's Gee emm tu la Ticer pun tak arif sangat.. merapatkan gigi untuk tujuan perubatan tu dibolehkan.. takpe tunggu orang arif komen nanti..harap2 ada la.. :)

ukhti syikin said...

Maaf la ,kali ni syikin tk dapat betul2 confirm.. sbb sebuk sikit..

tapi dari apa yg syikin tahu... cl boleh pakai.. tp kalau dah tujuan bertabaruj tu ... hukumnya ke bab tabaruj lah yer anak2 hehe..

seperti itu juga braces.. yang haram mengikir gigi :)... gigi jarang / jongang mungkin menyebabkan gangguan kesihatan dan kemudaratan.. harus untuk memperbaikinya...

tapi walau bagaimanapun.. kalau dah ada tujuan nak melawa... berhias tu... rujuk hukum bertabaruj...


*** syikin pengguna cl... dulu.. skrg tak dah... sekarang sedang merawat mata supaya rabunnya hilang..

syikin lasak dan keadaan kerja , menyebabkan syikin memilih untuk memakai cl... alhamdulillah.. pergerakkan lebih mudah.. tetapi mata cepat letih... dan side effect dia bnyk kan :p...


syikin pakai colout grey.. yg blend punya.. itu satu2 nya kaler yg tk nampak pelik dengan syikin :).. i mean it's look natural.. ALhamdulillah... syikin bukan saja2 amik kaler.. bcoz syikin silau tinggi.. power pun 300...

kalau cl yg plain colour tu... dah beberapa kali hilang.. kalau jatuh ke lantai je.. mimpi ler nak jumpa balik.. itu lah sebab utama syikin pakai colour...

Oleh kerana syikin berniqab.. kadang2 bila org kata mata awk lawa * sbb berniqab nampak mata saja :)... syikin terus bukak contact lense... / syikin turunkan layer niqab tutup keseluruhan muka.. itu dah lain jadik nya :p.. kalau mata ori .. kaler ceklat :| .. tu pon org kata cl.


+++ sorry ticer .. syikin bebel bnyk2.. dalam sebuk2 sempat lagik :)

Far8 budak baik said...

ticer wan..thanks berkongsi..
tapi sy tak pakai pun...
tapi braces tu pernah pakai dulu..
hehehe =)

Munna said...

wuuuu ticer buat entry ni la..haaaa terharu terharu T.T

(ni la antara kegunaan blog kan)

thanks tau ticer sudi menjawab...td lps komen pun ada gk search kat gugel,hasilnya lebih kurang sama mcm yg ticer tulis..kdg2 yg confuse nye psl byk sgt jenis jwpn,kejap boleh kejap xboleh...

xpelah..nak tahu je..sy xpkai pun dua2 tu...pakai cermin mata je..gigi pun alhamdulillah tersusun elok...hehe..^^

thanks again ticer

cik aisha said...

dua2 pun sy xpakai dan krg arif mengenainya.braces ank buah sy pakai...tujuan sebb nak tingkatkn keyakinan diri sebab ramai kwn2 dia ejek.hukum sebenar mmg tak pasti...

~~Ticer Wann~~ said...

@ukhti syikin hehe Ticer juga pengguna CL.. grey jugak..jadi konfiden sebab Ustat baba kat umah tak tegur apa-apa.. pakai bukan untuk kecantikan tapi untuk rawatan..sama macam shikin tak pakai clear sebab pernah jatuh dulu menggagau cari tapi tak jumpa..

tq atas perkongsian :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Far8 budak baik hehe tak pakai tak pe.. :) lama tak nampak nih... :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Munna Ticer pakai cermin mata..kadang2 pakai CL bila ada aktiviti lasak.. :)

~~Ticer Wann~~ said...

@cik aisha untuk rawatan tak apa.. kalau pakai semua itu untuk hiasan tu dah jadi haram... if i'm not mistaken :)

norinaomar said...

aku ada plan nak pasang braces,aku pun macam terfikir hukumnya apa.Nanti aku siasat dengan lebih mendalam.

p/s:kenduri ko bila eh,bulan 12 ke

~~Ticer Wann~~ said...

@norinaomar ok ape2 nanti ko kongsi aa..

kenduri aku awal bulan 12..ko?

norinaomar said...

oo awal bulan 12.aku 20.11.2011.aku pk kenduri ko tahun depan.
takpe,kalau aku tak dapek nak dtg pun,Insya Allah hadiah sampai..INSYA ALLAH.

~~Ticer Wann~~ said...

@norinaomar ala..tak g ke? aku pun rasa tak dapat nak join walimah ko la.. coz akad aku 26.11 takut kebizian la sebelum akad tu... wahh ada hadiah? mekaseh weh... :)

iPai said...

perkongsian menarik ni ..

~~Ticer Wann~~ said...

@iPaimekaseh

.m y z. said...

ziema pakai contact lens tak berwarna. segan kot nak pakai yang berwarna. macam tak nak sedar yang diri tu melayu bermata hitam/coklat. hee~ btw thanks for info ticer! XD

Anak Wak Mail said...

thanks for the info!saya pakai tak berwarna je..hihi..sebab rabun..=)

~~Ticer Wann~~ said...

@Anak Wak Mail Ticer pun rabun tapi pakai yang bewarna tapi grey la..

~~Ticer Wann~~ said...

@.m y z. haha kalau pandai pilih kaler still nampak melayu apa.. :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan