Wednesday, July 13, 2011

Pernah dengar cerita ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah masih dilimpahi kurniaan yang tak terhingga sampai sekarang…

Erk.. tumpang tanya… pernah dengar nama Galilee Lake / Tasik Galilee tak? Okey mana-mana yang tau Alhamdulillah… mana-mana yang belum tau silalah berbuat demikian pada Encik Google di kaunter sebelah yer…

Tasik Galilee ada kaitan dengan tanda kiamat.. percaya atau tak? Sebelum tu Ticer letak dulu gambar kedudukan tasik tersebut… dah nampak?



Di mana tasik ini? Tasik ini terletak di negara Israel… rujuk peta tu yer.. Tasik ini ada disentuh dalam sebuah hadith yang menceritakan tentang pelayaran sahabat nabi iaitu Tamim ad-Dari bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di tengah lautan tibalah mereka di satu kepulauan dan bertemu dengan satu makhluk yang berbulu dan boleh berkata-kata.

Selepas berdialog beberapa ketika maka dibawanya rombongan itu ke sebuah gua. Di dalam gua itu terdapat seorang manusia (yang dimaklumkan sebagai Dajjal) yang besar tubuhnya dan dirantai kaki tangannya. Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan tersebut. Salah satu dari soalan itu:

Manusia itu : Ceritakan padaku tentang tasik Tibriyah (Sea/ Lake of Galilee)
Rombongan : Apa yang kamu hendak tahu?
Manusia itu : Apakah tasik itu masih berair?
Rombongan : Ya
Manusia itu : Sesungguhnya airnya hampir kering.
(Ringkasan Sahih Muslim)

Apa yang terjadi andai keringnya tasik itu? Kiamat semakin hampir.. Tahukah korang air tasik itu makin mengering hari demi hari? Bukan rekaan Ticer ni.. cuba cari untuk mendapat kesahihannya…

Seperti biasa andai terdapat sebarang kesilapan dan penambahan silalah berbuat demikian..

:.. Banyaknya pendustaan sekarang ni… itu juga tanda-tanda kiamat… Ticer rasa takut sangat… di manakah kedudukan kita? Baikkah amalan kita? Burukkah amalan kita…?

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim



Wallahua’lam




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

~nsar~ said...

betul ticerr wan.. kiamat itu makin dekat.. tapi amalan kita dimana? takut sungguh bila bercakap pasal amal dan mati... padahal itu yang patut kita agungkan dalam hidup kita setiap saat..

baru tau info pasal tasik ni.. tengkiu ya share..

Bro Ery said...

Akhir zaman ini banyak fitnah.. Ada dajjal kecil dan dajjal besar. Dajjal kecil itu boleh jadi media massa yang menyampaikan sesuatu dan menyembunyikan sebaliknya iaitu kebenaran.. Wallahualam..

iPai said...

info yang saya tak pernah baca .. terima kasih ..

Anak Wak Mail said...

dah macam bunyik galileo galilei..betul ke eja??haha

siyes,,amalan dah lah tak banyak ni..hari kiamat tu memang semakin menghampiri kita..

thanks sharing info ni ticer!

~~Ticer Wann~~ said...

@~nsar~ ticer pun baru tau jugak pasal tasik ni :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Bro Ery itulah... banyak sangat pembohongan berlaku...

~~Ticer Wann~~ said...

@iPaisama-sama :)

.m y z. said...

pernah baca kisah pasal tasik ni dalam note dekat fb. tasik ni makin lama makin kering. tanda kiamat makin hampir. sekarang pun mmg dah banyak sangat tanda2 kiamat kecil. just antara sedar tak sedar je. yaAllah rasa macam belum bersedia, banyak lagi bekalan yang belum disediakan.. astaghfirullah al azim..

~~Ticer Wann~~ said...

@Anak Wak Mail adeii galileo galilei la plak.. hihi.. :)

~~Ticer Wann~~ said...

@.m y z. huhu Ticer pun... amalan sikit... tak tau la camne nasib kat sana.. huhu

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan