Friday, July 8, 2011

Best ke ubah sana sini?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Belek muka sendiri depan cermin dan tanya “Cantik kah aku?”

Ya..kamu cantik.. sangat cantik… kejadian manusia lelaki dan wanita amat cantik.. tak perlu dipertikaikan lagi…

Firman Allah Taala dalam surah At-Tin:4
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan Allah pada kita.. untuk apa mengubah apa yang telah diberi? Bersyukurlah kerana banyak kurniaan yang telah Allah limpahkan pada manusia… terlalu banyak... sehingga tak terhitung.. Untuk apa melakukan kerosakan pada diri sendiri? Apa yang kita capai dengan melakukan benda tersebut? Kepuasan? Sampai bila?

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur nikmat iaitu mengubah apa yang telah Allah ciptakan hanya untuk kelihatan cantik dan hebat

Tatoo juga termasuk dalam mengubah kejadian..kan?

:.. Tak guna mendapat pujian dan kekaguman pada mata manusia sedangkan di mata-Nya kita tergolong dalam kalangan hamba yang tidak bersyukur..

Wallahua’lam


(andai ada kesilapan minta dibetulkan)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

15 geng suka bebel:

Munn Jaafar said...

ticer......mcm mn pula dgn pggunaan contact lens berwarna? pernah dgr ada yg ckp itu dikira mengubah kejadian...lagi 1 braces gigi...boleh ke tdk sbnrnya eh?

dyanne said...

kulit dah cantik, diorg nk lukis2 plak..aduhaiiii

tia @ Ini Kisah Tia said...

Tia tak ubah apa-apa pun Ticer . dulu teringin nak rebondz bagai tapi hajat tu terkubur jua akhirnya . huhuuu ..

psst : Ticer , Tia nak ubah bahagian komen tempat Ticer ni boleh macam yang Tia punya tu . Ticer try tengok nanti ..

Syazana Zainn said...

hodoh la ticer kalau buat tatoo mcm tu.

lagi 1, nmpak mcm gangster n tak somel =,="

Akunyer said...

@Munnapasal contact lense bewarna tu ada khilaf.. insyaAllah next entri Ticer ulaskan ye sekali dengan braces tu.. Thanks 4 asking.. Ticer try jawab yer.. :)

Akunyer said...

@dyanne bagi dorang kulit licin tak cantik..kena ada yang lukis-lukis jugak.. :)

Akunyer said...

@tia @ Ini Kisah Tia rebonding tu pun ada khilaf jugak.. kalau tak silap untuk hubby dibolehkan... kalau tak silap la...

ehh ubah bahagian komen dibolehkan.. ihiks.. boleh jugak Tia.. thanks :)

Akunyer said...

@schaze zainn macam gangster? bleh la join KL gangster nanti ;)

RHI said...

betulkan, kecantikan semulajadi sudah cukup indah....

teyn teyn said...

buruk je. takdelah cantek pon. Allah dah buat cukup cantek ape.

Akunyer said...

@yatie Awang yeahh..betul tu kak :)

Akunyer said...

@teyn teyn ada yang tak menghargainya.. huhu

iPai said...

macam real ada biawak kat situ .. (biawak ke ?)

Akunyer said...

@iPaiitu tatu 3D.. kalau 3D mmg nampak real.. erk biawak la kot.. :D

ct kektus said...

bukan makin cantek pon buat tatoo tu. huhu
wat membazir duit je.

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan