Sunday, July 3, 2011

Memang syok tapi macam ada yang tak kena...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pulanglah sebelumku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday

Tau lagu ni? Aci potong betik la kalau tak tau... heh boom sekarang lagu ni... Ticer tau pun lepas dengar kat radio... sempoi jugak la.. leh menari-nari gitu... sampai students pun ada yang menyanyi...

Emm.. tapi yang tak best bila ada percampuran bahasa tu la.. kejap-kejap BM kejap- kejap BI... kenapa tak fokus kat satu bahasa je? Ohh tak gempak eh..? Sekadar pendapat Ticer je la.. bukan nak menjatuhkan lagu tersebut pun... memang ada versi penuh dalam BM namun demikian kenapa ada versi campuran antara BM dan BI... yeahh memang kena memartabatkan BM dan memperkasakan BI.. tapi bukan dengan cara mencampur adukkan bahasa dalam satu lagu...

Kadang-kadang tak faham kehendak industri muzik ni.. tiap hasil karya yang diperdengarkan kat umum sebenarnya memainkan impak yang sangat besar terutama sekali pada anak-anak muda yang baru celik mata... kalau dah ada percampuran macam ni akan ada kekeliruan pada mereka.. jadi pihak tersebut kena bukak mata sikit... fikir kesan pada anak muda bukan hanya tau nak cepat popular je lagu tu... *ehh banyak komplen plak Ticer ni*

:.. Ticer suka je layan lagu tapi tak semua lagu Ticer layan.. J

p/s: Ticer tau kekadang dalam entri Ticer pun ada percampuran bahasa.. tapi Ticer cuba ubah ok? Ke korang rasa cam na?


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

RHI said...

dia rasa bila sebut dlm BM lagu tu jadi kurang menarik kut, entahlah...

Damn Nations said...

saya pon hairan... inilah penyebab industri muzik kita tak berkembang pesat... kalau Shuk ada kuasa...
Tahawan la syarikat2 muzik malaysia... huahahahaha

tia @ Ini Kisah Tia said...

that is dwi-bahasa :)

Akunyer said...

@yatie Awang hee ye la mungkin jugak...

Akunyer said...

@Shuk_ArChie wahh Shuk nak wat ape plak ni?

Akunyer said...

@tia @ Ini Kisah Tia is that bilingual? are u sure? it's ok with me then.. but i'm worry about the students... how do they do their essay/ karangan?

Anak Wak Mail said...

tu la..tapi dia dah buat lagu yg semua bm..kira ok lah tu..hihi..=)

Akunyer said...

@Anak Wak Mailyap..tapi sepatutnya dari awal lagi dia buat dalam BM

iPai said...

sefaham saya, penyanyi ni asal usul malaysia tapi duduk kat indonesia ..

kat sana, diorg kan suka campur bahasa ni .. jadi itu yang kluanya lagu tuh dan ngetop di sini ..

tp disebabkan mahu dikeluarkan di sini, sudah diBMkan perkataan English itu ..

sekian terima kasih ..

itu yang saya tahu laa .. tak tau laa kalau ada yang salah

Akunyer said...

@iPaioh ye? tq 4 the info :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan